Haqiem Rusli dan isteri
Haqiem Rusli dan isteri

Kuala Lumpur: Haqiem Rusli, 25, dan isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 20, memilih berbulan madu buat pertama kalinya ke Turki.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, menerusi media sosialnya memuat naik kenangan indah mereka berdua ketika bersiar-siar di Istanbul untuk tatapan umum.

"Bulan madu pertama kami," tulis Haqiem di ruangan kapsyen.

Pasangan yang berkahwin dengan berbekalkan mas kahwin RM300 serta wang hantaran bernilai RM100,000 ini dilihat mengenakan pakaian sedondon berwarna putih.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat menitipkan ucapan selamat berbulan madu buat pasangan pengantin muda terbabit.

Tidak kurang, melihat aksi-aksi mereka, tidak kurang ada yang menggelarkan Haqiem dan Anis sebagai Justin dan Hailey Bieber versi Malaysia oleh peminat.

"Sweetnya pasangan ni, nice," komen seorang warga maya. "Finally dah boleh pergi honeymoon," kata yang lain pula.

"Semoga berbahagia till jannah," kata pengikut seterusnya. "Woo syokkk oo bercuti di Turki," antara komen yang diberikan.

"Lebih banyak kebahagiaan suami berikan pada isteri dalam rezeki yang berkah, moga lebih banyak dapat ganjaran pahala suami," kata seorang pengikut lain.

Perkongsian terbabit sehingga kini sudah menerima lebih 35,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Pasangan ini diijabkabul di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 6:31 PM