Farah Izureen Izhar

BAGI memeriahkan sambutan Aidilfitri, tonton Cinema membawakan tiga telefilem terbaharu iaitu Hantu Karaoke, Artis Pujaanku Mai Raya dan Bini-Bini Lockdown.

Ketiga-tiga telefilem ini boleh ditonton secara percuma menerusi aplikasi tonton Cinema.

Hantu Karaoke, telefilem bergenre komedi ini mengisahkan tentang Abu Bakar yang pergi ke pusat karaoke untuk melepaskan kesedihannya namun dipertemukan dengan hantu bernama Cumi.

Abu Bakar yang ketakutan cuba melarikan diri namun Cumi menahan dan merayu kepada Abu Bakar untuk membantu menyempurnakan mayatnya.

Telefilem ini dibintangi oleh Hazama, Nabila Razali, Nazrief Nazri, Nazeera Sardi, Adeline Tsen.

Satu kampung kecoh dan teruja dalam telefilem Artis Pujaanku Mai Raya apabila Zain membawa pulang rakannya yang bernama Shafinaz, seorang artis paling popular di Malaysia untuk merasai pengalaman sambutan Ramadan di luar bandar setelah bertahun di luar negara.

Zain yang mempunyai perasaan terhadap Shafinaz turut tidak melepaskan peluang untuk meminang Shafinaz pada malam raya. Adakah pinangan Zain diterima?

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem yang dibintangi Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai, Hattan dan Sherry Al Jefri itu.

Telefilem Bini-Bini Lockdown pula mengisahkan bagaimana Azim mengawal empat orang isterinya ketika mereka semua terperangkap dalam satu rumah semasa lockdown.

Saksikan bagaimana Azim berusaha mengelakkan isteri-isterinya mengetahui yang dia sudah beristeri empat!

Dibintangi oleh Datuk Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Nadia Brian, Datin Paduka Eina Azman dan Sangeeta Krishnasamy.

Semua telefilem ini tersedia pada hari raya pertama di aplikasi tonton Cinema dan YouTube TV3 secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi tonton CINEMA, Facebook @tontonmy, Instagram @tontoncinemamy, TikTok dan Twitter @tontonCINEMA.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2022 @ 3:05 PM