Pelakon Ben Amir Pada Sidang Media Supertele "REBEL“. FOTO ASWADI ALIAS
Pelakon Ben Amir Pada Sidang Media Supertele "REBEL“. FOTO ASWADI ALIAS
Syafil Syazwan Jefri

 

 

Kuala Lumpur: Pelakon, Ben Amir yang baru-baru ini sudah menyelesaikan kes saman pelanggaran kontrak dengan satu syarikat produksi menganggap apa yang berlaku memberi banyak pelajaran baharu buatnya.

 

 

Antara yang dipelajarinya adalah tidak terlalu meletakkan kepercayaan kepada sesiapa.

 

 

"Banyak benda yang saya belajar daripada apa yang berlaku. Secara umumnya, saya belajar untuk tidak terlalu meletak kepercayaan kepada sesiapa.

 

 

"Saya selalu berikan peluang kepada orang. Tapi, selepas apa yang berlaku, saya akan lebih berhati-hati," katanya kepada Harian Metro.

 

 

Menurutnya, dia belajar untuk mengenali sikap manusia secara umum selepas situasi mencabar itu melanda dirinya.

 

 

"Secara umum, saya semakin faham dengan sikap dan perangai manusia. Kadang-kadang kalau seseorang cakap A kepada anda, kepada orang lain, dia cakap B.

 

 

"Yang pasti, sekarang, saya nak teruskan perjalanan karier lakonan saya," katanya.

 

 

Terbaharu, Ben kini bakal membintangi filem aksi berjudul Rebel yang juga filem pertama arahan pelakon dan penyanyi, Datuk Awie.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2022 @ 1:02 PM