SHARNAAZ (kiri) dan Azira Shafinaz.
SHARNAAZ (kiri) dan Azira Shafinaz.
Zaara Talita

Kuala Lumpur: Paparan yang dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz bercuti di sebuah pulau bersama keluarganya turut menarik perhatian rakan industri, Sharnaaz Ahmad untuk meninggalkan komen.

Menerusi ruangan kapsyen, Azira berseloroh mengatakan membawa diri seketika namun tidak memperincikan lokasi percutiannya itu.

Pada ruangan komen, Sharnaaz meninggalkan komen 'Panas tu cik kak, gelap satgi'.

Komen itu mendapat perhatian peminat dan pengikut Azira yang mana turut sama mengusik Sharnaaz.

"Tak fahamlah mamu, 'try' masuk meminang," tulis seorang pengguna.

"Sekali yang ambik gambar tu mamu juga," komen seoarang lagi peminat.

"Gelap pun mamu sayang," seloroh seorang lagi pengguna.

Umum mengetahui Sharnaaz memegang status duda sejak bercerai dengan bekas isteri yang juga usahawan, Noor Nabila Mohd Noor dua tahun lalu. 

Sejak awal tahun lalu, Sharnaaz dan Azira didakwa sedang menjalani hubungan istimewa.

Namun, baik Azira mahupun Sharnaaz, masing-masing tidak mengakui mengenai gosip yang bertebaran itu.

Menerusi beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Sharnaaz berkata, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan anggota De Fam itu. 

Cuma, dia masih dalam proses mengenali kerana mahu mencari yang terbaik demi anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 8:28 PM