MIMI Lana. FOTO arkib NSTP
MIMI Lana. FOTO arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Mimi Lana memilih untuk seimbangkan antara kehidupan peribadinya dengan kerjaya seni sebagai pelakon. 

Mimi memberi jawapan itu ketika ditanya mengenai kisah cintanya dan perancangan untuk menamatkan zaman bujang. 

"Saya tak berani nak cakap apa-apa sebab kita hanya mampu merancang. Pada saya, apa yang penting adalah untuk seimbangkan antara kehidupan sebagai individu dan juga kerjaya seni sebagai pelakon. 

"Saya dah bersedia, tapi kita juga kena tahu bezakan antara kedua-duanya (kehidupan dan kerjaya). Kalau boleh, biar kedua-dua datang serentak," katanya kepada Harian Metro. 

Menurut Mimi yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Syafiq Kyle itu lagi, dia akan berkongsi sekiranya masanya sudah tiba. 

"Saya rasa, saya takkan sorok. Kalau sudah tiba masanya, saya akan maklumkan kepada semua," katanya. 

Terdahulu, Mimi dan Syafiq yang pernah bercinta selama lima tahun memutuskan hubungan cinta mereka pada Mei 2020. 

Namun, ada juga ura-ura yang mengatakan cinta mereka kembali bertaut. Bagaimanapun, kedua-dua pelakon itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya. 

Terbaru, Mimi kini membintangi drama bersiri Villa Kristal yang ditayangkan di WeTV dan bergandingan dengan Mawar Rashid, Jasmine Suraya dan Tiz Zaqyah. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 January 2022 @ 2:14 PM