Natasha ketika melakukan aktiviti 'surfing' di Cherating. FOTO IG NATASHA HUDSON
Natasha ketika melakukan aktiviti 'surfing' di Cherating. FOTO IG NATASHA HUDSON

Kuala Lumpur: Penampilan tanpa bertudung pelakon, Natasha Hudson, 40, di Cherating, Pahang hangat diperkatakan netizen.

Timbul persoalan adakah itu penampilan terbaharu Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson.

Bukan satu hantaran, tapi ada empat video dimuat naik Natasha yang memaparkan aksinya sedang melakukan aktiviti 'surfing'.

Malah, Natasha dilihat tampil dengan imej tanpa tudung ketika hadir memberi sokongan terhadap Monsoon Wavescape Festival yang berlangsung di Pantai Pelindung, Kuantan, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Natasha yang juga pelakon filem Chermin mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen di Instagram.

Terdahulu, selepas mula bertudung Natasha mengejutkan ramai pihak apabila tampil berniqab sekitar 2016.

Natasha bagaimanapun tampil dengan imej tidak berniqab selepas mendapat keizinan membuka niqab daripada suami keempatnya, Noor Nashriq Sekarnor.

Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali.

Perkahwinan pertamanya bersama Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.

Diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 yang bertahan selama dua tahun. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Neesa Helena, 14.

Natasha kemudian berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza 15 April 2012. Menerusi perkahwinan itu, Natasha dikurniakan dua anak, Naeema Khaleela, 9, dan Faatimah, 7.

Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2018.

Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Natasha tidak berjaya. Harian Metro mendoakan semoga Natasha dalam keadaan baik dan dipermudahkan segala urusan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 12:06 PM