Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) menerusi Gegar Vaganza Kongsi Kasih yang diadakan pada Ahad lalu berjaya mengutip RM200,000 untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

Astro melalui Yayasan Astro Kasih akan menyalurkan bantuan RM80,000 kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (NADMA) dan Mercy Malaysia (RM40,000 setiap pertubuhan).

Sumbangan RM120,000 pula disalurkan menerusi bintang GV8 yang membuat persembahan Ahad lalu (RM10,000 seorang).

Setiap daripada bintang GV8 akan menyalurkan sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan bantuan bencana banjir.

Penyanyi Upiak Isil untuk Mercy Malaysia Flood Relief; Suki Low (Food Aid Foundation); Nikki Palikat (Malaysian Red Crescent Society); Azan Scan (Kempen Bencana Banjir Malaysia); Shidee (Flood Relief) dan Bandi Amuk (Tabung Bantuan Bencana Negara).

Enam lagi, Saiful Apek (Tabung Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL)); Yassin (Tabung Siap Siaga Bencana); Adibah Noor (Impactive Malaysia); Aweera (Adab Youth Garage); Ani Maiyuni (Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan)Aliff Aziz (ABIM Selangor).

Selain itu, penaja GV termasuk Farm Fresh dan Adabi turut menyumbang bersama-sama Astro dan bintang GV.

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Disember 2021 @ 8:44 AM