Pasangan Dua Lipa dan Anwar Hadid.
Pasangan Dua Lipa dan Anwar Hadid.
Najiy Jefri

Los Angeles: Gara-gara sibuk dengan urusan kerja masing-masing, hubungan penyanyi Dua Lipa, 26, dan model Anwar Hadid, 22, dikatakan sedang dilanda masalah.

Menurut sumber, pasangan itu kini memilih untuk berehat seketika daripada hubungan mereka.

"Hubungan mereka sedang dalam krisis dan nampaknya bermasalah.

"Jadi mereka mendapat idea untuk berehat daripada hubungan sejak bulan lepas kerana terlalu banyak mengembara dan berpisah,"katanya.

Difahamkan Dua Lipa kini sedang merakam album di London dan juga Los Angeles, manakala Anwar pula bekerja di New York.

Baru-baru ini, Anwar turut memuat naik hantaran di Instagram yang dianggap sebagai petanda krisis percintaannya apabila dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membimbing langkahnya dan membolehkan dia belajar lebih bahagia dengan dirinya.

Terdahulu, Dua Lipa dan Anwar dikatakan mula menjalin hubungan pada Jun 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Disember 2021 @ 1:26 PM