Upiak Isil ketika bertudung.
Upiak Isil ketika bertudung.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Upiak Isil, 36, memohon maaf diatas kekhilafan dirinya apabila sering tampil tidak lagi memakai tudung berbanding imejnya sebelum ini.

Penyanyi kelahiran Indonesia itu mengundang pelbagai reaksi apabila didakwa membuka tudung selepas aktif kembali di persada seni tempatan.

"Pertama sekali, saya ingin mohon maaf kerana ini pendapat saya dan bukannya mengenai orang lain.

"Saya merasakan bila diri ini sebagai pelawak dan sekiranya saya buat 'macam-macam aksi ini' (terkinja-kinja) tapi bertudung, rasanya ia merendahkan hijab itu sendiri. Ini pandangan dan perasaan saya.

"Misal kata lagi saya berguling-guling di tepi jalan untuk buat kelakar dan penonton ketawa, rasanya saya sudah pun merendahkan tudung dipakai itu. Betul tak? Jadi, saya 'simpan' tudung.

"Malah bagi saya, bila mengenakan baju yang sebegini (pakaian melekap pada tubuh hingga menampakkan bentuk badan), sebaiknya biarlah ditutup sebetulnya (menutup aurat dengan sempurna)," katanya lagi. 

Upiak menjelaskan, dia mempunyai alasan tersendiri di sebalik tindakan yang diambil itu (tidak bertudung), namun tetap berharap doa yang terbaik daripada semua pihak. 

Penyanyi dan komposer yang mula menjadi perhatian ramai menerusi lagu Tak Tun Tuang ini, bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut isu bertudung itu yang dianggapnya agak sensitif.

"Ada yang mengkritik, tapi biarlah. Hanya Dia (Allah) yang boleh menilai hambaNya. Saya tidak akan jelaskan dengan lebih terperinci kerana ia sensitif.

"Malah saya yang salah kenapa berhijab dulu, tapi kini dibuka lagi. Kalau belum siap istiqamah diri, kenapa memakai tudung? Jadi itulah kalau netizen rasa marah, saya hanya senyap saja sebab memang benar kita yang buat salah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 12:26 PM