FARHAN (kiri) bersama Hisyam Hamid.
FARHAN (kiri) bersama Hisyam Hamid.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Farhan Asri terkejut apabila ada individu yang mimpikan dirinya selepas menonton drama lakonannya menerusi drama Cukup Derita Itu yang ditayangkan di Slot Samarinda, TV3.

Farhan yang membawakan watak Amirul berkata, dia mengakui terhibur setiap kali membaca mesej peribadi dan komen yang ditinggalkan penonton.

"Saya terperanjat apabila ada orang hantar mesej peribadi beritahu mimpikan saya selepas menonton drama Cukup Derita Itu.

"Sebenarnya ada banyak mesej peribadi dan komen yang buat saya terhibur, lebih-lebih lagi di ruangan komen TikTok dak Instagram. Mereka  memang sempoi.

"Tapi sebenarnya semua ini tidak akan terjadi tanpa peluang  yang diberikan penerbit Siti Rosmizah dan bantuan dari pengarah Along Kamaludin," katanya.

Menurut Farhan, dia tidak menyangka apabila lakonannya dalam drama itu disedari penonton meskipun hanya melakonkan watak pembantu.

"Alhamdulillah saya tak sangka ada juga yang nampak saya dalam drama ini. Kalau nak bandingkan watak saya kecil saja tapi saya berusaha nak jayakan watak Amirul  sebab karakternya yang  mencabar. 

"Malah ketika penggambaran, Along banyak beri tunjuk ajar. Terima kasih juga kepada pelakon lain yang tak kedekut ilmu. Kami sudah macam keluarga di lokasi. Tidak dilupakan terima kasih kepada peminat yang sudi buat video ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 7:17 PM