Noraniza Azmi

ZUL , Sarah, Bainun, Nazrin dan Khairy adalah pelajar baharu di sebuah sekolah berprestasi tinggi, Kolej Kebangsaan Malaya. 

Kolej ini dikatakan mempunyai tingkat misteri yang terletak di Blok M dan mereka diberi peringatan supaya tidak pergi ke blok berkenaan.

Bagaimanapun, mereka tetap menceroboh blok larangan itu, tetapi kecewa apabila mendapati blok M hanyalah sekadar bilik yang lama ditinggalkan. 

Tanpa disedari, kehadiran mereka membangkitkan sesuatu yang misteri di blok berkenaan dan mereka menghadapi pelbagai gangguan ghaib. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri atau sejarah bakal berulang kembali?

Diarahkan oleh Faizul Jais, filem berjudul Dendam Penunggu ini filem pertama daripada tonton CINEMA dan mula ditayangkan pada 5 November lalu. 

Dibarisi oleh barisan pelakon kian meningkat naik seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil, Shasha Abedul, Ahmad Syafiq, Hakim Nordin dan Ahmad Adly. Selain itu, Sherry Alhadad, Amerul Affendi dan Hasnul Rahmat turut membantu menjayakan filem eksklusif tonton CINEMA ini. 

Penyanyi terkenal, Khai Bahar pula mendendangkan runut bunyi rasmi filem ini berjudul 'Sengsara' yang boleh didengarkan menerusi platform muzik digital utama seperti Spotify, Youtube, Joox dan banyak lagi.

Bagi yang gemarkan filem bergenre seram, pastikan anda tidak lupa untuk menonton filem Dendam Penunggu dengan kadar harga RM 12.90 untuk 48 jam masa tontonan menerusi laman sesawang rasmi tonton CINEMA atau anda juga boleh memuat turun aplikasi tonton CINEMA.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 November 2021 @ 3:45 PM