SHUK Sahar.
SHUK Sahar.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Isteri kepada pelawak popular, Shuk Sahar iaitu Rossa tidak menafikan dakwaan suaminya curang bersama wanita lain ketika menjawab persoalan itu daripada netizen di media sosial.

Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi Instagram berkongsi mesej peribadi yang bertanya sama ada Rossa kini berada di Pulau Pinang menonton wayang bersama suaminya. "Sesiapa yang ada ternampak saya di Pulau Pinang, itu bukan saya. Dua 'mangkuk' ini memang tidak akan mengaku. Lain kali jika ada ternampak, sila hantarkan gambar dan video mereka kepada saya.

"Itu lebih penting kerana mereka tidak dapat berlakon menjadi mangsa keadaan. Malah, ada kejadian yang berlaku selepas hari jadi anak," katanya.

Rossa turut berkongsi satu lagi mesej di mana seorang individu mendakwa terserempak dengan suaminya bersama seorang wanita (dipercayai orang yang sama).

Sementara itu, Shuk ketika dihubungi Harian Metro memaklumkan dia sedang bersama keluarganya dan akan memberi maklum balas dalam masa terdekat.

Shuk dan Rossa mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, pernah berdepan kes serupa dengan wanita sama Julai tahun lalu.

Selepas cerita itu terbongkar, Rossa dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita terbabit.

Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana berlaku curang serta mendapat kemaafan daripada isterinya tahun lalu.

Namun, Januari lalu rumah tangga Shuk kembali bergolak selepas dia sekali lagi didakwa berlaku curang oleh Rossa.

Hubungan pasangan itu kembali jernih selepas Shuk mengakui kesilapan dirinya yang curang dengan seorang wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 3:55 PM