FINAZ Yunus.
FINAZ Yunus.

Kuala Lumpur: Pengacara TV Alhijrah, Finaz Yunus beranggapan pengacara hari ini bersandarkan kepada populariti, kelakar dan asal boleh saja.

Finaz yang juga pengacara program popular Analisis berkata, pengacara dulu membuat latihan pengacaraan berbulan-bulan, mempelajari teknik lontaran vokal, membuat kajian sebelum bersiaran langsung dan patuhi etika dan adab bersiaran.

"Pengacara sekarang asal popular, kelakar dan 'asal boleh'. Maka, usah terkejut melihat lawak lucah diarus perdanakan kerana stesen TV sendiri memilih kualiti pengacaraan sedemikian atas dasar 'rating' penonton," katanya.

Perkongsian Finaz menerusi hantaran di Instagram itu mendapat maklum balas positif dalam kalangan pengikutnya.

Kebanyakan bersetuju dengan apa yang diperkatakan selain berharap stesen TV lebih memandang serius perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 4:28 PM