GIGI Hadid
GIGI Hadid

Los Angeles: Model terkenal antarabangsa, Gigi Hadid terpaksa menolak permintaan untuk bergambar secara dekat atau bertemu dengan mana-mana pihak.

Hadid yang kini berada di Itali atas urusan kerja mengaku tindakan itu terpaksa dilakukan susulan penularan wabak Covid-19 serta angka kes positif yang masih tinggi.

Malah status Hadid yang kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata juga memaksa dirinya untuk lebih berhati-hati bagi mengekang wabak berbahaya itu.

"Kepada anda semua saya perlu menjaga penjarakan fizikal susulan protokol yang ditetapkan oleh pihak penganjur," katanya.

Bagaimanapun Hadid, masih ingin memberi peluang kepada peminat tercintanya untuk mengambil gambar dengan syarat yang ditetapkan.

Menurut Hadid, dia berharap mana-mana individu yang ingin bergambar perlu menjaga penjarakan sosial.

"Untuk foto, tolong beri sedikit ruang dan saya akan cuba bergambar dengan anda . Terima kasih kerana memahami," katanya.

Sifat ramah dan baik hati Hadid dengan peminat antara yang sering mencuri perhatian ramai.

Malah sebelum pandemik Covid-19, Hadid dilihat kerap berswafoto dengan pemint yang mahu bergambar dengannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 September 2021 @ 12:21 PM