TAJUL nyanyi semula Malam Semakin Dingin, minta peminat tak banding nyanyian asal arwah abang.
TAJUL nyanyi semula Malam Semakin Dingin, minta peminat tak banding nyanyian asal arwah abang.
Sudirman Mohd Tahir


LAGU Malam Semakin Dingin nyanyian asal Allahyarham Achik Spin kembali hangat dan tular di laman sosial.

Banyak permintaan yang mahu Tajul, adik kepada Allahyarham menyanyikan semula lagu itu.

Tanpa mahu menghampakan permintaan peminat, syarikat rakaman FMC mengambil inisiatif dengan menerbitkan semula lagu ciptaan Aiman dan Lukhman S itu dengan diberikan nafas baru.

Ia sekali gus mengimbau kembali kenangan dan kerinduan pada Achik dan kumpulan Spin.

Menerusi rakaman semula nyanyian duet Tajul dan Afieq Shazwan itu, mereka memberikan sentuhan berbeza dari segi cara nyanyian.

Bagi Tajul, tawaran daripada FMC itu sesuatu yang menarik tapi memohon supaya peminat tidak membandingkan vokalnya dengan abangnya.

"Sejujurnya saya agak gementar apabila FMC panggil untuk bincangkan mengenai lagu ni, tetapi bila mereka cakap akan diduetkan dengan Afieq, saya lega dan bersetuju. Cuma jangan bandingkan vokal saya dengan Achik.Walaupun kami adik-beradik tentunya cara nyanyian dan kemampuan vokal kami berbeza. Apa pun saya memang sangat mengagumi vocal Achik," katanya.

Menurut Tajul, dia sudah biasa menyanyikan lagu itu ketika berkaraoke selain menyifatkan ia lagu yang bernada tinggi.

"Lagu ini memang sudah selalu saya nyanyikan di karaoke. Diakui memang mencabar juga untuk nyanyikan lagu ni sebab agak tinggi juga. Tetapi saya bersyukur kerana dapat berduet dengan Afieq yang sangat membantu dan memudahkan proses rakaman.

"Kami tak ambil masa yang lama untuk siapkan lagu ini. Sewaktu rakaman lagu ini, jujur saya cakap ada timbul rasa sebak dalam hati dan rindu pada Achik. Walaupun sewaktu hayat Achik kami tidak terlalu rapat kerana jarang berjumpa sebab dia sibuk dengan k

erjaya seninya. Apa pun saya bersyukur dan gembira kerana dapat menyanyikan semula lagu abang saya," katanya.

Sementara itu, Afieq meluahkan rasa bangga apabila nyanyian semula atau 'cover version' lagu itu mendapat perhatian dan jumlah tontonan tinggi di aplikasi TikTok dan Facebook.

"Pada awalnya saya hanya nyanyi (cover) lagu ini dan muat naik di TikTok dan Facebook. Alhamdulillah, jumlah tontonan sangat memberangsangkan. Di Facebook saja mencecah setengah juta 'views' dan banyak komen yang minta saya buat versi penuh.

"Jadi, apabila saya diberi peluang untuk berduet dengan Tajul dalam lagu ini, saya terus bersetuju. Ini kerana Tajul adalah adik Achik dan kami anggap ini adalah 'tribute' untuk Allahyarham Achik," katanya.

Dalam masa sama, Afieq turut meluahkan rasa teruja apabila dapat merakamkan lagu bergenre balada 90-an.

"Saya suka sebenarnya lagu begini kerana inilah diri saya. Sebelum ini dalam pertandingan dan program realiti yang saya sertai, saya tak

berpeluang menyanyikan lagu-lagu sebegini. Saya sangat berpuas hati sebab dapat meluahkan dan menyanyi dalam 'feel' 90-an.

"Sewaktu rakaman saya juga menyampaikannya lagu ini dengan cara 90-an.

Bukan meniru cara Achik menyanyi, tetapi saya menghormati lenggok Melayu yang dinyanyikan penyanyi asal. Kalau kita dengar lagu pada era 90-an cara nyanyian mereka memang berbeza dengan penyanyi masa kini. Harapan saya semoga pendengar dapat terima lagu Malam Semakin Dingin dalam nafas baru versi 2021 ini," katanya.

Menariknya, lagu Malam Semakin Dingin yang dilancarkan di saluran YouTube FMC Music sejak 15 September lalu sudah mencatat lebih dua juta tontonan dan berada pada kedudukan kedua carta trending.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 September 2021 @ 6:20 AM