SITUASI insiden membabitkat McGregor (baju ungu) 'berang' dengan Kelly (baju merah).
SITUASI insiden membabitkat McGregor (baju ungu) 'berang' dengan Kelly (baju merah).
Agensi

New York: Petarung terkenal, Conor McGregor menjadi tumpuan ramai pihak apabila terbabit dalam pergaduhan dengan rapper Machine Gun Kelly di pre-show Red Carpet MTV Video Music Awards 2021 yang berlangsung di Barclays Center, Brooklyn, New York, Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Pergaduhan terbabit dikatakan berlaku kerana peserta UFC ini meminta untuk bergambar dengan  Kelly, namun rapper ternama terbabit menolak dan mendorongnya.

Ia sekali gus membuat McGregror mengamuk. Juara bertahan UFC ini berusaha menghampiri dan mahu 'mengajar' Kelly yang hanya kelihatan diam saja.

Bagaimanapun dia segera dihalang oleh petugas keselamatan yang berada di situ.

McGregor kelihatan begitu emosi dan kemudian melemparkan minuman yang dibawanya sehingga tumpah.

Ia mengakibatkan pakaian Kelly dan pasangannya, Megan Fox basah sebelum mereka diamankan oleh beberapa pihak yang berada di situ. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 September 2021 @ 12:41 PM