LANA bersama suami dan anak-anak ketika di dalam kapal terbang balik ke AS.
LANA bersama suami dan anak-anak ketika di dalam kapal terbang balik ke AS.

Kuala Lumpur: "Tak boleh 'dine-in' di Kuala Lumpur, 'sistur' 'dine-in' di Miami. Jemput makan,".

Demikian tulis pelakon, Lana Nodin di Instagram Story, berkongsi videonya bersama keluarga menikmati sarapan pagi di Miami, Amerika Syarikat (AS).

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin bersama suami, Daud McKienzie, anak sulung, Gia Quinn McKienzie dan anak keduanya, William Daud McKienzie kini berada di Amerika Syarikat seperti yang dimaklumkan menerusi hantarannya di Instagram semalam.

"Sekarang, aku balik (Amerika Syarikat), aku akan lihat sendiri siapa yang betul! Dari aku mohon MTP, buat dokumen yang sah mengikut undang-undang Malaysia dan bertolak ke KLIA sampai ke Amerika Syarikat.

"Alhamdulillah perjalanan aku sangat-sangat dipermudahkan. Tiada sebarang diskriminasi atau apa-apa masalah! Tiada sebarang kabel, ini semua kabel Allah SWT dan bila Allah kata kun fa yakun, jadilah ia," tulisnya di Instagram.

Tambahnya, video dan kenyataan di Instagram itu adalah jawapan kepada segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya selama ini apabila dia didakwa menolak vaksin.

"Ini video khas untuk kamu, jangan DM aku tanya itu ini. Cuma tengok dan nilai sendiri!

"Kamu semua di Facebook dan portal-portal yang sibuk mengata aku, suruh aku balik Amerika Syarikat, siap halau aku dari negara aku sendiri.

"Okey, ini aku balik. Aku buktikan apa yang kamu semua cakap itu, lebih tahu dan lebih pandai daripada aku," tulisnya.

Di Instagram Story itu juga, Lana berkongsi bagaimana dia dan keluarganya dihalau oleh seorang individu ketika sedang beriadah di sungai.

"Okey, hari itu anak-anak aku nak mandi di Sungai Kemensah, tak boleh. Sekarang, aku bagi anak-anak aku puas mandi di sini.

"Akak, oh akak yang kat sungai hari itu. Saya nak beritahu di sini kami mandi puas-puas ya kak. Sebab hari itu, anak aku tengah mandi, kau sanggup halau keluar.

"Walhal, aku tak mandi pun. Anak-anak saja mandi tapi sebab budi bahasa dan cara kau, sikit pun aku tak hairan dengan sungai kau.

"Esok aku beli tanah belakang ada sungai, baru kau tahu! Jangan ingat orang tak mampu ya. Cuma tak menunjuk saja," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 September 2021 @ 6:32 PM