Ari Lasso
Ari Lasso
Agensi

Jakarta: Penyanyi popular Indonesia, Ari Lasso yang disahkan menghidap kanser limfoma bakal menjalani rawatan kimoterapi di Singapura dalam waktu terdekat ini.

Ari berkata, rawatan terbabit dibuat bagi mengawal sel-sel barah daripada terus merebak.

Katanya, dia juga akan kehilangan rambut atau botak selepas menjalani rawatan berkenaan.

"Ketika bertemu doktor ayat pertama yang keluar daripada mulut saya adalah adakah saya akan botak? Doktor hanya ketawa. Isteri saya juga ketawa sedangkan orang lain panik.

"Akhirnya saya suruh isteri cari pembuat wig (rambut palsu) terbaik," katanya dalam satu temubual bersama Deddy Corbuzier.

Menurut Ari, selepas kehilangan rambut akibat rawatan kimoterapi, dia akan memakai rambut palsu ketika berada di luar rumah.

"Kamu (Deddy) tak akan melihat saya botak kecuali datang ke rumah saya," katanya sambil ketawa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 September 2021 @ 12:38 PM