Lily Collins berkahwin hujung minggu lalu.
Lily Collins berkahwin hujung minggu lalu.
Agensi

Colorado: Pelakon Lily Collins, 32, hari ini, mengumumkan dia sudah berkahwin hujung minggu lalu dengan pengarah Charlie McDowell, 38.

Majlis tertutup berkenaan dilaporkan berlangsung di Dunton Hot Springs, di sini.

Collins mengakui dirinya adalah insan paling bahagia selepas sah bergelar isteri kepada lelaki idamannya itu.

"Saya tidak pernah impikan untuk menjadi milik seseorang selain awak dan sekarang saya sudah menjadi isteri awak.

"Pada 4 September 2021, kami bersatu secara rasminya. Saya cinta awak sepenuh hati Charlie McDowell. Saya tidak pernah sebahagia ini," katanya.

Bintang siri Emily in Paris itu turut berkongsi gambar perkahwinan mereka di mana dia menyarung gaun renda yang cukup indah berona putih, manakala McDowell segak dengan berkot.

Menurut anak penyanyi Phil Collins itu, dia menyifatkan kisah cintanya dengan McDowell umpama kisah dongeng.

"Yang bermula sebagai kisah dongeng, sekarang menjadi realiti untuk selamanya. Saya tak mampu gambarkan sebaiknya bagaimana menakjubkan hujung minggu lalu. Namun, magis adalah takrifan yang baik sebagai pemula," katanya.

Pasangan ini bertunang pada September tahun lalu. Keputusan itu dibuat selepas Collins dan McDowell menjalin hubungan cinta selama setahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 September 2021 @ 10:49 AM