BEEGO bersama isteri, Linda dan anak-anak mereka.
BEEGO bersama isteri, Linda dan anak-anak mereka.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: "Saya tak pasti puncanya. Dalam keadaan seperti sekarang, saya sendiri keliru dan tak tahu dari mana mereka boleh kena,".

Begitulah luahan daripada penyanyi dan pelakon Beego ketika mengulas situasi seramai 15 anggota keluarganya kini disahkan positif Covid-19.

Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah dihubungi berkata, kira-kira 15 anggota keluarga itu, antaranya ialah nenek, ibu saudara, sepupu yang hamil tujuh bulan serta sepupu kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun.

"Memang agak mengejutkan apabila mendapat tahu ramai anggota keluarga saya disahkan positif Covid-19. Namun, kesemua mereka yang menetap di Johor Bahru itu bukanlah tinggal serumah.

"Ada satu kawasan tiga keluarga dan ada juga yang tinggal di tempat lain. Tapi, hubungan kekeluargaan memang rapat, namun yang pasti tak tahu dari mana datangnya jangkitan ini.  

"Mungkin ada mana-mana individu yang bertemu dengan ahli keluarga saya dan dari situlah mula tersebarnya jangkitan virus Covid-19 itu," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Beego, ketika ini emaknya yang menguruskan dan menjaga neneknya yang berusia 80 tahun dan masih menjalani kuarantin di rumah.

ANGGOTA 'frontliner' yang datang ke rumah keluarga Beego di Johor.
ANGGOTA 'frontliner' yang datang ke rumah keluarga Beego di Johor.

"Saya hubungi emak pagi tadi untuk bertanyakan khabar mereka. Syukurlah, nenek dah dapat vaksin dos kedua dan dia kini hanya alami sakit tekak.

"Kebanyakan ahli keluarga saya dah lengkap mendapat dos kedua vaksin. Jadi, apabila positif Covid-19 pun, mereka di dalam tahap satu dan dua. Apapun, saya harap tiada yang teruk. 

"Mereka juga sangat menjaga prosedur operasi standard (SOP) sebab ada yang hanya duduk dalam rumah dan tak keluar pergi ke mana-mana pun kena. Mungkin juga yang positif itu dah bawa balik virus ke rumah dan jadi punca ia merebak," katanya.

Justeru, Beego menasihatkan semua pihak agar sentiasa berjaga-jaga untuk mengelak dari terkenavjangkitan Covid-19.

"Makcik saya sekarang secara sukarela kuarantin di pusat kuarantin kerana ahli keluarganya yang kuarantin di rumah sudah nak habis 14 hari kuarantin.  

"Kalau dia di rumah yang sama, kena lanjutan kuarantin pula. Jadi, dia kenalah buat keputusan demikian. Ditambah, mak saya pula menjaaga nenek dan makcik yang positif.

"Manakala, ada pakcik saya yang positif Covid-19 kuarantin di rumah induk. Yang lain-lain positif juga, hanya kuarantin dalam bilik kerana mengalami batuk. Emak saya memang duduk di bahagian luar dalam runah sebab nak kena jaga makan minum mereka yang kuarantin," katanya.

Beego juga mengakui, emaknya ada mengadu mula sakit-sakit tekak dan dia mengharapkan tiada apa-apa yang buruk.

"Saya tak risau sangat sebab emak pun dah sempurna dua dos vaksin. Jadi bila dah ada ' safety' sikit, kira okey dan terus berdoa untuk mereka segera sembuh.

"Namun, saya tetap bimbang juga. Ini kerana, nak balik ke Johor menjenguk mereka pun agak sukar pada masa sekarang.

"Sekarang, saya pun berada di Terengganu atas urusan kerja. Apapun saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin membantu keluarga saya.

"Macam-macam petua mereka kongsi, antaranya minta ambil makanan tradisional dan sajian sunnah saja seperti habbatus sauda untuk diamalkan setiap hari dan saya hargai perkongsian itu," katanya. 

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Ogos 2021 @ 8:05 PM