OLLY Murs.
OLLY Murs.
Agensi

London: Penyanyi Olly Murs, 37, selamat menjalani pembedahan selepas kaki kirinya cedera serius akibat mengalami kemalangan sewaktu mengadakan persembahan pentas, di Newmarket Racecourse, Suffolk, di sini, baru-baru ini.

Kecederaan itu menyebabkan serpihan tulang kakinya tersekat di bahagian belakang lututnya dan terpaksa menjalani pembedahan segera.

Berkongsi berita itu, jurulatih dan juri program The Voice UK terbabit mengakui terharu dengan mesej diterimanya daripada peminat yang tertanya mengenai keadaannya.

"Maafkan saya kerana kelihatan sangat serabai pagi ini. Saya cuma mahu menghantar mesej untuk memaklumkan apa yang berlaku.

"Kenapa Olly berada atas katil hospital? Saya baharu saja menjalani pembedahan pada kaki kiri saya.

"Buat kamu yang hadir pada persembahan saya di Newmarket, terima kasih buat mesej sokongan anda dan memeriksa sama ada saya okay," katanya.

Menurut Murs, dia sendiri meminta pembedahan itu dilakukan kerana perlu menunaikan beberapa persembahan lagi selepas di lokasi terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 11:31 AM