TUGASAN terakhir Awal dan Janna sebagai pengacara Melodi. Turut sama, Nabila Huda (kiri).
TUGASAN terakhir Awal dan Janna sebagai pengacara Melodi. Turut sama, Nabila Huda (kiri).
Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: "Lapan tahun bukan tempoh masa yang singkat. Awak sudah buat yang terbaik, Awal."

Itu komen pelakon Nazim Othman susulan pengacara Awal Ashaari mengesahkan tidak lagi menjadi pengacara program Melodi menerusi hantaran di Instagram, semalam.

Komen Nazim itu muncul bersama puluhan selebriti lain yang masing-masing menyifatkan Awal sudah menjalankan tugas dengan baik sepanjang lapan tahun mengacarakan program itu.

Malah, hantaran dimuat naik Awal itu turut mendapat lebih 1,500 komen dan lebih 67,000 tanda suka.

Pelakon Mimi Lana mengakui sedih membaca hantaran dimuat naik Awal.

"Sedihnya baca. Terima kasih Awal untuk lapan tahun yang sangat hebat," katanya.

Selebriti Neelofa pula mendoakan semoga Awal terus dilimpahkan rezeki.

"Semoga Allah bukakan sebanyak mungkin pintu-pintu rezeki yang penuh berkat," katanya.

Begitu juga dengan pelakon Nora Danish yang menganggap Awal sudah buat yang terbaik.

"Terima kasih Awal untuk lapan tahun ini. Awak sudah buat yang terbaik," katanya.

Sementara itu, pelakon Rita Rudaini pula menyifatkan Awal tetap yang terbaik.

"Ampa (awak) tetap terbaik. Tiada siapa boleh ganti tempat ampa," katanya.

Pelakon Rozita Che Wan secara berseloroh berkata sudah tidak boleh menonton Awal bergosip di kaca TV.

"Ala tak boleh tengok Awal bergosip lagi," katanya.

Episod Melodi yang bersiaran hari ini adalah kemunculan terakhir Awal dan Janna Nick selaku pengacara.

"Episod terakhir saya, episod ke-372 saya bersiaran. Terima kasih Melodi untuk segalanya. Saya akan simpan kenangan ini dalam lipatan sejarah kerjaya saya sepanjang 17 tahun menjadi anak seni.

"Kami lepaskan tugas ini kepada Nabila Huda, tahniah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 1:55 PM