BERSAMA Aedy Ashraf ketika penggambaran Budak Tebing 2.
BERSAMA Aedy Ashraf ketika penggambaran Budak Tebing 2.
Ridzuan Abdul Rahman

"Karier saya betul-betul bermula sebagai pelakon tambahan yang hanya lalu lalang depan kamera," kata pelakon Nelissa Nizam, 23, bercerita mengenai permulaan kerjaya lakonannya.

Nelissa berkata, dia positif mengambil itu sebagai pengalaman dan dalam tempoh terbabit turut menyertai kelas lakonan dengan pelakon berpengalaman.

"Baik drama mahupun filem, saya hanya muncul dengan watak begini. Jadi, sebagai cara untuk memajukan diri dan memantapkan lakonan, saya sertai kelas lakonan ibu Fauziah Nawi, Taiyuddin Bakar dan Najwa P Ramlee.

"Alhamdulillah cara ini berhasil kerana saya sekarang sudah diterima baik dalam lakonan terutamanya selepas tampil dalam Budak Tebing 2.

"Begitu juga filem kerana saya dah mula diberikan watak besar. Ia sesuatu yang bagus kerana saya sudah ada banyak pengalaman menerusi kelas dan berlakon," katanya kepada Harian Metro.

BELAJAR ilmu lakonan dengan Fauziah Nawi.
BELAJAR ilmu lakonan dengan Fauziah Nawi.

Nelissa mula dikenali peminat menerusi drama Titian Cinta. Popularitinya semakin meningkat apabila membintangi drama Jalan Sesat Ke Syurga.

Watak jahat sebagai Maria dalam Budak Tebing 2 terus mengangkat namanya kepada peminat.

SAMBUNG pengajian separuh masa di UiTM.
SAMBUNG pengajian separuh masa di UiTM.

"Ke mana-mana pergi pun sekarang orang dah mula panggil saya dengan nama Maria. Malah, pengikut saya di Instagram juga bertambah.

"Inilah rezeki saya. Bagaimanapun dalam seronok berlakon, saya tak lupa sambung pengajian ijazah dalam Komunikasi Massa (Komunikasi Interpersonal) secara separuh masa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

NELISSA anggap karier bermula sebagai pelakon tambahan itu sebagai positif untuk kerjaya lakonan.
NELISSA anggap karier bermula sebagai pelakon tambahan itu sebagai positif untuk kerjaya lakonan.

"Saya minat berlakon, menyanyi dan mengacara. Kalau boleh saya nak jadi serba-boleh dalam semua bidang ini," katanya yang kini muncul dalam drama SiTik Tok di TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 6:20 AM