Nur Fatima. Gambar kanan, Allahyarham James Amirul Hafiz.
Nur Fatima. Gambar kanan, Allahyarham James Amirul Hafiz.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi, Nur Fatima berkongsi berita duka menerusi Facebook, mengenai pemergian abangnya, Allahyarham James Amirul Hafiz. 

Dalam hantarannya, Nur Fatima memaklumkan bahawa abangnya berjuang dengan penyakit Acute Pancreatitis atau bengkak pankreas akut. 

"Kepada sesiapa yang mengenali abang saya James Amirul Hafiz, beliau baru saja kembali ke Rahmatullah selepas sekian lama bertarung nyawa kerana mengidap acute pancreatitis. 

"Halalkan makan minum, maafkan segala kesalahan arwah jika ada pada anda yang mengenalinya. Doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman," tulisnya. 

Dalam hantaran sama, Nur Fatima yang menetap di Australia juga meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat pulang ke tanah air untuk menatap wajah abangnya buat kali terakhir. 

"Saya dan suami memang sangat sedih dan ralat tidak dapat bersama keluarga ketika ini. Al-Fatihah," tulisnya. 

Nur Fatima turut memuat naik foto abangnya di Facebook mengiringi berita duka itu. 

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Julai 2021 @ 7:57 PM