Rossa.
Rossa.
Agensi

Jakarta: Penyanyi Datuk Seri Rossa, 42, menafikan dia sentiasa membiayai kos perbelanjaan apabila bercuti dengan rakan artisnya, Afgan.

Umum mengetahui hubungan Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani dan Afgan sememangnya cukup akrab sehingga pernah digosipkan bercinta.

Bagaimanapun, Rossa menyangkal dakwaan itu selepas ditanya pengacara Ivan Gunawan pada satu sesi bual bicara.

"Enak saja. Itu fitnahlah. Sekali-sekali saja (tanggung belanja Afgan)," katanya menepis dakwaan Ivan itu.

Dalam temubual santai itu, Ivan juga mendakwa dia melihat sendiri hanya Rossa saja yang mengeluarkan dompet apabila bercuti dengan Afgan.

Rossa kemudian mengaku memang dia membiayai perbelanjaan itu, namun untuk bayaran awal saja. Menurutnya, wangnya kemudian akan diganti Afgan.

"Selepas itu, dia akan gantilah balik," katanya sambil berseloroh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 3:19 PM