FUAD Alkhar
FUAD Alkhar
Agensi

Jakarta: Pelawak Indonesia, Fuad Alkhar atau popular sebagai Wan Abud, 62, meninggal dunia, hari ini.

Berita terbabit disahkan menerusi sebuah mesej yang dikongsi dalam kalangan pemberita, di sini.

Pelakon, Ayu Azhari yang pernah bergandingan dengannya menerusi sinetron Putri Duyung turut mengesahkan berita sedih itu.

Ayu turut memuat naik ucapan takziah buat Wan Abud menerusi Instagram Story.

"Abud sayang, selamat jalan sahabatku. Semoga engkau mendapat tempat indah di sisi- Nya iaitu di syurga-Nya yang indah," katanya.

Pelawak dan pelakon itu mula dikenali pada 1990 menerusi lakonannya dalam filem Nona Manis. Wajahnya yang mirip orang Arab turut menarik perhatian ramai.

Selepas itu, dia kemudian menjayakan pelbagai projek lain termasuk Warkop DKI bersama Dono, Kasino dan Indro.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Jun 2021 @ 2:09 PM