Ilhoon
Ilhoon
Agensi

Seoul: Penyanyi Ilhoon, 26, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan didenda RM491,182 selepas didapati bersalah dalam 161 kes pembelian serta pengambilan dadah jenis ganja.

Bekas anggota BtoB itu dijatuhkan hukuman terbabit oleh Hakim, Yang Cheol-han menjatuhkan hukuman terhadap Ilhoon di Mahkamah Daerah Tengah Seoul, kelmarin.

Mahkamah juga bertegas Ilhoon perlu dipenjara disebabkan kemungkinan dia meninggalkan Korea Selatan.

Pihak pendakwaraya sebelumnya meminta penyanyi itu dipenjara empat tahun selepas kesnya menjadi perhatian tahun lalu.

Ilhoon meninggalkan BtoB pada Disember tahun lalu.

Dia bersama tujuh defendan lain menjalani perbicaraan atas kesalahan membeli 826 gram ganja bernilai RM491,104.

Mereka juga didapati mengambil ganja 161 kali dalam tempoh 5 Julai 2016 hingga 9 Januari 2019.

Kesemua mereka dijatuhi hukuman penjara dalam tempoh satu tahun setengah hingga dua tahun. Peguamnya turut meminta Ilhoon diberikan kelonggaran dari segi hukuman atas alasan anak guamnya itu berdepan detik sukar sepanjang menjadi artis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Jun 2021 @ 11:33 AM