Iman Troye
Iman Troye
Najiy Jefri

 

 

Kuala Lumpur: "Iman Troye patut disenarai hitam dalam industri seni. Memalukan," komen seorang pengguna Twitter yang berang dengan ciapan sindiran penyanyi Iman Troye di laman Twitter miliknya, semalam.

Menerusi ciapan itu, Iman menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan 'happy' (gembira) yang disifatkan warganet dia berbangga dengan angka jangkitan itu.

"Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi," tulisnya. 

Ciapan dimuatnaik Iman di Twitter.
Ciapan dimuatnaik Iman di Twitter.

Tindakan yang kurang matang oleh penyanyi lagu Teman itu menyebabkan dia dikecam teruk netizen kerana dilihat tidak sensitif mengenai isu semasa dan menjadikan ia bahan gurauan. 

Selepas beberapa jam memuat naik status berkenaan, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitter.

"Padam ciapan ini. Ia sangat tidak kelakar. Ramai yang mati (disebabkan Covid-19). 

"Lepas ini kalau kena hentam jangan guna 'tiket' masalah gangguan mental," antara komen netizen. 

Semalam, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 2:58 PM