BEBENANG PKP Anis sarat dengan mesej positif.
BEBENANG PKP Anis sarat dengan mesej positif.
Najiy Jefri


SIAPA sangka, telefilem raya terbitan Indigital Sdn Bhd, Bebenang PKP Anis yang ditayangkan pada hari raya kedua di TV AlHijrah begitu berbekas di hati masyarakat tempatan.

Barangkali mutu lakonan yang dibawakan barisan pelakon membuatkan telefilem terbabit mempunyai daya penarik tersendiri.

Antara pelakon yang menjayakan telefilem terbabit ialah Muna Shahirah, Shafie Naswip, Fauzi Nawawi, Lisdawati dan ramai lagi.

Bagi penerbit Indigital Sdn Bhd, Nana Mohd Rom menganggap jalan kisah yang berlaku kepada Anis Kemboja ini sangat menarik perhatian ditambah dengan apa yang berlaku ketika itu adalah fenomena asing buat semua.

"Sejak awal lagi kita memang tertarik dengan jalan cerita yang ditulis oleh Dr Ummu Hanie yang diangkat daripada sebuah kisah benar. Bayangkan pada ketika dunia dilanda pandemik Covid-19, keadaan yang berlaku di luar jangkaan.

"Tidak ada siapa yang pernah mengalami situasi seperti ini. Ada yang tersangkut di serata tempat dan tak kurang juga yang terpisah dengan keluarga dan sebagainya. Jalan cerita begini amat menarik perhatian dan kita visualkan menerusi telefilem ini," katanya.

Penggambaran yang dijalankan di sekitar Kuantan, Pahang ini dilakukan sekitar penghujung tahun lalu berkisahkan mengenai Anis (Muna Shahirah) yang terpaksa menjaga dua orang anak Puan Zue kerana pembantu rumah melarikan diri.

TELEFILEM ini dibintangi oleh Lisdawati, Fauzi Nawawi, Syafie Naswip dan Muna Shahirah.
TELEFILEM ini dibintangi oleh Lisdawati, Fauzi Nawawi, Syafie Naswip dan Muna Shahirah.

JALAN cerita telefilem ini mudah difahami dan menarik untuk ditonton seisi keluarga.
JALAN cerita telefilem ini mudah difahami dan menarik untuk ditonton seisi keluarga.

Wanita terbabit pula terpaksa ke luar negara atas urusan kerja namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan dia terpaksa mengambil alih tugas sebagai 'ibu bapa' segera. Konflik bertambah apabila abangnya Amar (Shafie Naswip) bermasalah dengan ibu bapanya (Fauzi dan Lisdawati).

Namun takdir PKP yang ketika itu membuatkan hubungan mereka semakin baik dari sehari ke sehari.

"Kisah Anis ini sangat menarik untuk dikupas. Dia bukan sahaja kena menjaga anak orang secara tiba-tiba tetapi juga terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga. Dalam masa yang sama Anis juga ada cita-cita untuk menyambung pengajian ke luar negara.

"Untuk pengetahuan semua, kisah Anis ini pernah ditulis sebagai sebuah cerpen dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini yang memberikan nilai tambah kepada telefilem ini," katanya.

Dalam pada itu, Nana turut merakamkan jutaan terima kasih kepada stesen TV AlHijrah yang tertarik dengan naskhah Bebenang PKP Anis serta dana yang diperoleh daripada Program OTT/TV (Perlaksana), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Telefilem ini dibintangi oleh Lisdawati, Fauzi Nawawi, Syafie Naswip dan Muna Shahirah.

Bebenang PKP Anis sarat dengan mesej positif

Jalan cerita telefilem ini mudah difahami dan menarik untuk ditonton seisi keluarga

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Mei 2021 @ 6:43 AM