IKMAL berkongsi khabar gembira apabila isteri, Najla disahkan hamil anak pertama. FOTO IG Ikmal
IKMAL berkongsi khabar gembira apabila isteri, Najla disahkan hamil anak pertama. FOTO IG Ikmal
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Pelakon Ikmal Amry berkongsi khabar gembira apabila isteri, Najla Shamsul, disahkan hamil anak pertama. 

Ikmal berkata, dia sudah lama mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam hidupnya dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. 

"Alhamdulillah kami sangat teruja dengan berita kehamilan ini serta sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa tidak lama lagi.  

"Malah antara sebab saya nak berkahwin pada usia muda pun sebab tak nak melambat-lambatkan peluang mendapat anak. 

"Melihat kenalan lain yang sudah mempunyai cahaya mata, saya dan isteri juga mengimpikannya. Tambahan kami berdua memang sukakan kanak-kanak dan rapat dengan anak saudara. Insya-Allah tahun depan kami akan menyambut hari raya bertiga," katanya. 

Menurut Ikmal, selain isterinya yang berdepan alahan teruk dia juga tidak terlepas seperti loya dan tidak mempunyai selera makan pada peringkat awal kehamilan. 

"Selain tiada selera makan dan berasa loya, emosi saya juga adakalanya kurang stabil. 

"Tapi saya cuba tidak melayannya. Doakan semoga kehamilan isteri saya berjalan dengan lancar dan selamat. 

"Soal jantina saya dan isteri tidak kisah asalkan anak yang bakal lahir nanti berada dalam keadaan sihat.  

Ikmal dan Najla mendirikan rumah tangga pada 19 Disember tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 5:37 PM