REEN. FOTO Arkib NSTP
REEN. FOTO Arkib NSTP
Georgie Joseph 

Kuala Lumpur: Pelakon Reen Rahim, 32, enggan terus bersedih dengan nasib dirinya kerana terpaksa kuarantin sendirian selepas disahkan positif virus Covid-19 sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kelmarin.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata, dia tidak mengalami gejala virus itu seperti hilang deria rasa, bahkan selera makannya membuak hingga tak henti makan.

"Memang sedihlah awalnya apabila kena beraya dalam kuarantin sendirian tanpa keluarga. Tapi, perasaan sedih itu sekejap saja dan masuk hari kedua, saya sudah okay.

"Bagaimanapun, memang otak rasa macam 'jammed' sedikitlah duduk seorang diri. Tapi tak tahulah hari-hari mendatang macamana pula kekuatan mental itu pula.

"Orang kata antara gejala virus ini adalah hilang deria rasa dan boleh kurus. Tapi, saya pula makin kuat selera untuk makan dan rasa macam berat-badan pun semakin naik," katanya.

Reen juga mengakui sememangnya tidak berasa langsung kemeriahan Aidilfitri kali ini. 

"Kalau nak kata 'mood' raya, memang tiada langsung tahun ini. Tapi sama juga kalau saya tak kena kuarantin pun, bukannya boleh berjalan ke mana-mana.

"Jadi kepada yang merungut tak dapat menziarah atau pulang kampung, tak payahlah. Sekarang ini kan boleh saja berhubung dengan keluarga menerusi panggilan video. 

"Lebih baik kita terus sama-sama menjaga prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Terdahulu, pelakon filem Town Mall itu memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 selepas kali kedua menjalani ujian calitan virus terbabit. Reen bagaimanapun bersyukur ahli keluarga lainnya di Klang tidak dijangkiti virus terbabit.

 

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 5:21 PM