Alyah berkongsi berita sedih kehilangan abang sulungnya yang meninggal dunia, pagi tadi.
Alyah berkongsi berita sedih kehilangan abang sulungnya yang meninggal dunia, pagi tadi.
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur: Penyanyi Datin Alyah, 41, berkongsi berita sedih apabila kehilangan abang sulungnya, Mohammad Fadzil Abu Hassan yang meninggal dunia, pagi tadi.

Dalam perkongsian ringkas di Instagram itu, Alyah mendoakan semoga roh abangnya di cucuri rahmat dan ditempatkan pada kalangan orang-orang yang beriman.

"Assalammualaikum semua. Abang sulung saya Mohammad Fadzil Abu Hassan sudah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.

"Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin, amin Ya Rabb," tulisnya.

Perkongsian Alyah dengan latar foto berwarna hitam itu menjelaskan dia dan keluarga kini dalam kesedihan akibat kehilangan insan tersayang pada 17 Ramadan yang juga sempena Nuzul al-Quran.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan takziah kepada Alyah sekeluarga dan berharap semoga tabah dan sabar berhadapan ujian besar di bulan yang mulia ini.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 April 2021 @ 9:40 AM