DIDIE bersama Uyaina dalam Famili Duo.
DIDIE bersama Uyaina dalam Famili Duo.
Syafil Syazwan Jefri


DALAM usia 49 tahun, pelakon, pelawak dan pengacara, Didie Alias masih tampil dengan bentuk badan menarik serta awet muda.

Penampilan terbarunya itu juga menuai komen daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa kagum dengan penampilan Didie yang juga mesra disapa dengan panggilan Mami Didie itu.

Didie ketika dihubungi berkata, dia sentiasa memastikan dirinya bertenaga dengan melakukan senaman dan menjaga pemakanan.

"Jangan lupa jaga pemakanan. Kalau rasa berat badan macam dah meningkat sikit, saya akan bersenam dan nipiskan apa yang patut," katanya.

Menurut juri tetap program Famili Duo yang kini ditayangkan di TV3 itu, dia juga sentiasa ketawa untuk kekal awet muda.

"Nak kekal awet muda, saya selalu ketawa dan hiburkan hati. Jadi, saya nak pesan kepada anak-anak dara di luar sana, selalu menjaga penampilan untuk cantik di mata suami atau pasangan anda," katanya.

Berkongsi mengenai penampilan terbaharunya, Didie bersama pasukannya sentiasa mencari idea untuk tampil berbeza setiap tahun.

"Tahun ini, konsep penampilan saya adalah untuk nampak lebih matang dan pada masa sama ada elemen elegan yang disuntik dalam penataan gaya.

"Ini semua adalah hasil perbincangan antara saya dengan pasukan penata gaya yang sentiasa akan mencari idea baharu serta sesuai untuk saya gayakan," katanya.

Selain Didie, Famili Duo yang diacarakan Uyaina Arshad turut membariskan Mark Adam sebagai juri tetap.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 6:47 AM