SHAZA berjaya mencuri perhatian ramai penonton dalam drama bersiri Marry Me Senorita.
SHAZA berjaya mencuri perhatian ramai penonton dalam drama bersiri Marry Me Senorita.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon drama bersiri Marry Me Senorita, Shaza Bae tidak menyangka babak lakonannya sebagai Rosa Arabella bertutur dalam bahasa Jawa mencuri perhatian ramai penonton.

Shaza berkata, dia menerima maklum balas menggalakkan terutamanya daripada penonton berketurunan Jawa.

"Ia watak jahat, tapi berwarna sebab bila dia 'gedik', dia jadi kelakar. Dalam episod terbaru semalam, saya bertutur dalam bahasa Jawa dalam satu babak.

"Selepas membaca baca skrip, saya berbincang dengan pengarah untuk menterjemahkan dialog saya ke dalam bahasa Jawa memandangkan saya pun berketurunan Jawa. Jadi, dengan bantuan ibu, saya tukar dialog itu ke dalam bahasa Jawa," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, rata-rata penonton drama bersiri itu terhibur dengan lakonannya.

"Ada yang menulis komen dan menghantar mesej kepada saya memaklumkan bahawa mereka terhibur dengan babak itu. Ini adalah pengalaman yang menyeronokkan kerana diberi peluang untuk menggunakan bahasa Jawa," katanya.

Dalam babak itu, watak Rosa bercakap dalam bahasa Jawa ketika menjawab panggilan daripada ibunya. Selain Shaza, Marry Me Senorita dibintangi Janna Nick, Dini Schatzmann, Meerqeen dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 2:50 PM