ASHANTY. FOTO Detikcom
ASHANTY. FOTO Detikcom
Agensi

Jakarta: Penyanyi Indonesia, Ashanty dan anak tirinya, Aurel Hermansyah mengesahkan mereka positif wabak Covid-19, semalam.

Isteri kepada penyanyi Anang Hermansyah itu berkata, selepas mengalami beberapa gejala mereka melakukan ujian swab dan hasil ujian mendapati mereka positif Covid-19.

"Setiap minggu saya akan membuat ujian saringan. Kali terakhir adalah pada 8 Februari dan keputusannya negatif. Namun, semalam tiba-tiba saya demam, batuk, selesema dan sesak nafas. Jadi saya membuat ujian swab dan pagi tadi keputusannya positif," tulis Ashanty di Instagram Story.

Dalam perkongsian itu, Ashanty memaklumkan selepas didapati positif Covid-19, dia meminta seluruh anggota keluarganya turut menjalani ujian swab.

Bagaimanapun, hasil keputusan dijalani mendapati anggota keluarganya turut dijangkiti virus itu.

"Semua yang berada di dalam rumah turut menjalani ujian swab dan ada yang positif seperti Loly, Arsy dan Jiel. Mohon teman-teman doakan," tulisnya.

Sementara itu, Aurel, melalui Instagram story miliknya turut berkongsi khabar duka itu.

"Mohon anda jaga diri. Saya cintakan anda," tulis Aurel.

Aurel turut berpesan jika ada mana-mana individu yang mempunyai kontak rapat dengannya untuk melakukan ujian swab dengan segera.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 2:53 PM