ELTON John.
ELTON John.
Agensi

London: Penyanyi legenda, Elton John dan bintang filem, Michael Caine melancarkan video yang mengajak rakyat Britain bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 selepas negara itu mengumumkan untuk meluaskan pengedaran vaksin kepada golongan belia.

Dalam video yang dikeluarkan Khidmat Kesihatan Negara United Kingdom (NHS) itu menampilkan John yang sedang menjalani uji bakat dalam kempen maklumat vaksin.

Penyanyi itu cuba meniru gaya Caine, namun tidak berjaya mencuri hati pasukan produksi dan tak lama selepas itu, Caine muncul sebagai cameo.

John dalam satu temu bual berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk berkongsi maklumat mengenai manfaat vaksin.

"Saya mengambil bahagian dalam pembikinan projek ini untuk membantu menunjukkan kepada masyarakat mengenai manfaat mendapatkan vaksin dan bagaimana ia mampu melindungi kita serta orang tersayang.

"Jadi, saya harap kita dapat bersama-sama berjuang menentang virus ini," katanya.

Dalam video itu juga, John menyanyikan lagunya, I'm Still Standing yang popular pada 1980-an selepas diberi suntikan vaksin.

Caine pula memberitahu bahawa suntikan vaksin tidak menyakitkan sebelum melontarkan kata-kata yang menjadi identitinya.

"Tak ramai yang tahu," katanya.

Berdasarkan maklumat daripada NHS, kedua-dua bintang itu sudah menerima suntikan vaksin mereka.

MICHAEL Caine.
MICHAEL Caine.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2021 @ 11:09 AM