Shandy Aulia dan suaminya, David Herbowo.
Shandy Aulia dan suaminya, David Herbowo.
Agensi 

Jakarta: Pelakon Shandy Aulia dan keluarga Anang Hermansyah kini menetap di Bali selama pandemik Covid-19.

Pelakon filem Eiffel I'm in Love itu sempat berjumpa Aurel Hermansyah dan Ashanty bagi bekerjasama untuk kandungan YouTube terbaharu.

Dalam vlog terbaharu Shandy, isteri David Herbowo itu membongkar sisi kehidupan peribadi serta masa kecilnya.

Menurut laporan sebuah portal di sana, Ashanty bercerita pengalamannya membesarkan Aurel seperti anak kandung sendiri. Dari situlah Shandy menceritakan kehidupan keluarganya yang hampir sama seperti Aurel.

Shandy mengakui kehidupan lampaunya tidak sempurna apabila kedua ibu bapanya bercerai ketika dia berusia tiga tahun.

Dia juga tidak mempunyai gambar keluarga ketika kecil dan sedih melihat orang lain mempunyai gambar sebegitu.

Kehidupan sebegitu membuatkan dia berazam mengubah keadaan rumah tangganya sehingga sanggup melakukan apa sahaja agar perkahwinannya bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk itu, apabila meningkat dewasa, dia menyimpan impian untuk mempunyai rumah tangga yang bahagia dan kekal selama-lamanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 12:17 PM