Aina Abdul.
Aina Abdul.
Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: "'First impression for most people' dengan Aina Abdul malam ini macam Valak dari filem Nun. Tapi, vokal dia tetap 'slay' walaupun mala mini macam ada kurang sikit."

 

Itu ciapan seorang pengguna akaun di laman Twitter membabitkan penampilan penyanyi, Aina Abdul pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35), semalam.

 

Aina yang muncul dengan busana warna hitam putih hasil rekaan Syamil Fazwan itu berkata, penampilan itu menggambarkan dirinya sebagai wanita yang sudah lama meninggalkan masa silam.

 

"Saya suka bereksperimen dengan fesyen.  Sebenarnya, ada cerita di sebalik busana rekaan Syamil Fazwan ini. Ia menggambarkan saya sebagai wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya.

"Apabila orang lihat saya dari busana ini, saya nak semua nampak saya sebagai wanita kuat yang datang semula untuk menceritakan apa yang pernah dilalui dahulu.

"Sebenarnya, saya boleh agak orang akan samakan saya dengan watak berkenaan. Saya minta maaf jika saya membuat orang lain seram," katanya.

Dalam masa saam, Aina meluahkan rasa syukur apabila lagu ciptaannya terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lag uke-35 (AJL35).

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur berjaya melayakkan diri ke pentas besar ini. Sebagai penyanyi baru, ini adalah satu penghargaan yang sangat tinggi untuk saya.

"Saya sangat berterima kasih kepada barisan juri dan pihak TV3 yang memberikan peluang kepada lagu Semalam. Sudah tentunya saya tak akan dapat buat semua ini tanpa bantuan pasukan yang menjadi 70 peratus kekuatan saya.

"Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat saya, Ainations. Mereka menjadi nadi dan pembakar semangat untuk saya terus melangkah. Insya-Allah, saya akan memberikan sebuah persembahan yang bakal diingati semua di malam AJL35 tahun hadapan. Saya mohon doa semua," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2020 @ 2:02 PM