Ayu bersama anaknya, Bilqis. Foto IG AYU
Ayu bersama anaknya, Bilqis. Foto IG AYU
Agensi

 

Jakarta: Penyanyi dan pengacara, Ayu Ting Ting dia tidak merancang untuk meraikan sambutan Tahun Baru 2021 kerana kebimbangan terhadap pandemik Covid-19 dan cuaca yang tidak menentu.

Menurut Ayu, dia lebih selesa berkumpul bersama keluarga di rumah sambil menunggu detik 12 malam.

"Tiada apa-apa persiapan untuk sambutan tahun baharu kerana keadaan semasa yang kurang baik dan cuaca yang tidak menentu. Jadi yang baiknya berada di rumah sahaja," katanyanya.

Ayu yang popular menerusi lagu Sambalado berkata, dia kini hanya fokus dengan ulang tahun puteri tunggalnya, Bilqis Khumairah Razak yang ketujuh pada 28 Disember ini.

"Bilqis minta diadakan majlis sambutan ulang tahun. Jadi, saya rancang mengadakannya sekali majlis meraikan ulang tahunnya dan sambutan tahun baru.

"Sebagai ibu, saya akan memberikan hadiah istimewa buat Bilqis. Tapi saya sendiri belum tahu hadiah apa yang bakal diberikan. Bilqis juga masih memikirkan hadiah yang diinginkannya," katanya.

Menurut Ayu, anaknya itu ada menyatakan keinginan untuk melancong ke Korea Selatan.

"Keinginan ini sudah disuarakan sejak tahun lalu. Namun saya jawab dalam keadaan pandemik Covid-19, kita tak boleh ke mana-mana. Mujurlah dia faham apa yang saya jelaskan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2020 @ 12:58 PM