MAWAR RASHID
MAWAR RASHID
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Mawar Rashid yang bakal bersalin bulan depan berkongsi rasa mengidam untuk makan mi goreng hitam di dalam gerabak kereta api yang sedang bergerak.

Mawar ketika dihubungi berkata, suaminya, Raf Yaakob kini masih berusaha untuk menunaikan hasratnya itu.

"Ketika hamil anak sulung, Rafael dahulu, saya mengidam untuk minum air kelapa di tepi pantai. Kali ini, saya tak tahu kenapa, tapi rasa teringin sangat nak makan mi goreng hitam. Tapi, saya nak makan dalam gerabak kereta api yang bergerak.

"Raf pening kepala sebab mana nak cari mi goreng hitam untuk makan dalam kereta api dalam situasi negara yang kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Tapi, dia masih usahakan juga," katanya kepada Harian Metro.

Tidak hanya itu, Mawar berkata dia juga mengidam untuk mengubah suai rumahnya.

"Satu lagi yang saya idam adalah untuk ubah suai rumah. Biasalah, kalau mengandung, macam-macam permintaan aneh yang muncul dalam fikiran," katanya.

Mawar dijangka melahirkan anak kedua hasil perkahwinan dengan Raf menjelang pertengahan bulan depan. Sebelum ini, mereka dikurniakan cahaya mata sulung Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun sembilan bulan.

#kw Mawar Rashid, pelakon, hamil, mi goreng hitam, Raf Yaakob

#loc Kuala Lumpur

-ENDS/

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 7:32 PM