Sharnaaz Ahmad.
Sharnaaz Ahmad.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Sharnaaz Ahmad selamat menjalani pembedahan sinus di sebuah pusat perubatan di sini, semalam.

Sharnaaz berkata, dia kini berada dalam keadaan baik dan proses pembedahan berjalan lancar.

"Buat yang tertanya, saya okay baru saja selesai buat pembedahan. Saya ada masalah sinus.Saya minta maaf dan tak boleh cakap lama sebab darah akan mengalir. Sinus ada banyak jenis, jadi saya buat pembedahan ini supaya semua okey," katanya.

Sharnaaz memaklumkan perkara itu menerusi sebuah rakaman video di Instagram semalam.

Sharnaaz berterima kasih kepada pihak hospital kerana berjaya merawat masalah yang dihadapinya itu.

"Proses pembedahan berjalan agak lama. Saya berterima kasih kepada pihak hospital yang berjaya merawat masalah yang saya hadapi ini. Saya buat video ini bukan nak meraih simpati atau perhatian sesiapa," katanya.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Sharnaaz cepat sembuh malah ada juga yang tidak lokek berkongsi cara untuk menghentikan darah mengalir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2020 @ 5:14 PM