SINGLE ketiga berjudul iShy berbeza dengan dua single sebelum ini berentak pop.
SINGLE ketiga berjudul iShy berbeza dengan dua single sebelum ini berentak pop.
Sudirman Mohd Tahir

Selepas mencuri perhatian menerusi video nyanyian lagu Akad dendangan asal band Indonesia, Payung Teduh menjadi tular pada 2017, Amir Hasan kemudian memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada 2018 menerusi single pertamanya Bicaramu yang ditulis bersama Haikal Azrin dan Rudy Nastia.

Berikutan kejayaan single sulungnya itu, tahun lalu menyaksikan penyanyi yang dikenali sebagai Amir ini kembali dengan single kedua berjudul Gadis Yang Ku Tunggu (GYKT), hasil ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Sejak di awal kemunculan, Amir pernah diberi peluang menjayakan persembahan di pentas Esplanade, Singapura untuk Pesta Raya - Festival Kesenian Melayu dan menjadi pembuka tirai konsert penyanyi pop Britain, Anne-Marie di KL Live tahun lalu.

Selepas itu, penyanyi berusia 24 tahun ini pernah menyertai program realiti Big Stage musim ketiga baru-baru ini. Bagi mengukuhkan lagi namanya dalam persada seni, bintang yang sedang meningkat naik ini kembali dengan single terbaharunya berjudul iShy.

Lagu ini ditulis oleh Amir sendiri dan Mingaling, komposer dan penerbit yang semakin meningkat naik dari kumpulan hip hop tempatan, MassMusic.

Berlainan dengan karyanya sebelum ini yang berunsur pop Melayu, iShy menyaksikan Amir cuba mengetengahkan muzik berentak urban dalam karyanya.

"Sebelum bergelar penyanyi rakaman, saya sebenarnya lebih cenderung ke arah muzik hip hop ketika mula-mula menyanyi dahulu. Selepas

menghasilkan dua lagu berentak pop, saya berasa sudah tiba masanya mengambil pendekatan yang berbeza untuk single ketiga.

AMIR berharap lagu iShy dapat memberi inspirasi kepada yang ingin menyatakan rasa cinta kepada seseorang.
AMIR berharap lagu iShy dapat memberi inspirasi kepada yang ingin menyatakan rasa cinta kepada seseorang.

"Ini adalah kerjasama pertama saya dengan Mingaling, yang mana sebelum ini pernah menghasilkan beberapa lagu hits te

mpatan. Bekerjasama dengan Mingaling dalam proses rakaman lagu ini banyak membantu saya mengasah lagi kemahiran menulis lagu dan meluaskan lagi pengetahuan serta pengalaman muzik saya," katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Amir berharap iShy mampu memberikan inspirasi kepada pendengar dan peminat muzik tempatan.

"Sejak dahulu lagi lelaki selalu dijangkakan untuk mengambil langkah pertama dalam hal mencari jodoh. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang bersifat 'introvert' atau pemalu? Lagu ini mengisahkan mengenai seorang lelaki pemalu yang mencintai seorang gadis dalam diam.

percaya ini adalah kisah yang pernah dilalui oleh kebanyakan lelaki. Ini kerana tidak semua lelaki mempunyai keyakinan untuk menyatakan perasaannya. Malah, apabila bercakap mengenai kisah menyimpan rasa cinta dalam diam, sesiapa pun boleh melaluinya tanpa mengira jantina.

"Saya harap lagu ini dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk menyatakan rasa cinta mereka kepada seseorang. Lebih penting lagi, saya berharap pendengar terutamanya peminat saya dapat menerima baik lagu ini dan terus menyokong muzik saya," katanya.

Lagu yang diterbitkan dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 30 Oktober lalu termasuklah lirik video rasmi boleh ditonton di YouTube Warner Music Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2020 @ 6:11 AM