LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tidak pernah bersikap berat sebelah terhadap mana-mana syarikat produksi yang membuat apa-apa aduan berhubung permasalahan dalam industri filem.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, sesiapa sahaja boleh tampil berkongsi masalah atau pandangan terhadap sesuatu isu membabitkan industri filetanah air. 

"Sejak dulu lagi Finas sentiasa bersikap terbuka dan tidak pernah menolak pandangan atau masalah yang ingin dikemukakan. Setiap individu boleh berurusan melalui emel, menghantar surat atau menghubungi kami. Melalui kenyataan media yang diedarkan, pihak kami sering berkongsi nombor telefon untuk dihubungi supaya tiada halangan untuk orang luar berinteraksi," katanya. 

Semalam, pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, Datuk Ayu Puteh mendakwa Finas berat sebelah dalam menangani kegiatan pengedaran filem melalui platform media sosial dan laman sesawang tanpa lesen pengedaran yang sah apabila tiada sebarang tidakan susulan terhadap filem terbitannya, Ada Apa Dengan Dosa (AADD) yang turut dijual secara haram di platform digital.

Ayu turut meluahkan rasa kecewa apabila Finas dilihat memilih syarikat produksi apabila membantu penerbit filem Mael Totey The Movie yang turut menerima nasib sama dengannya. 

Menurut Ahmad Idham, tiada istilah berat sebelah sebaliknya Finas sentiasa membuka ruang dan tampil membantu syarikat produksi tempatan. 

"Saya enggan komen banyak namun dalam keadaan negara yang berdepan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), masing-masing perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Jadi, tak boleh nak main terjah ke Finas namun jika ada masalah yang ingin dikongsikan anda boleh hantar surat atau hubungi kami," katanya. 

Berita Berkaitan

  • Ayu Puteh kecewa dengan Finas
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 3:25 PM