Shalma bersama kekasihnya, penyanyi, Ismail Izzani. FOTO Instagram
Shalma bersama kekasihnya, penyanyi, Ismail Izzani. FOTO Instagram
Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Shalma Eliana, 20, mengakui pernah menerima kecaman hebat apabila bersikap terbuka mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi, Ismail Izzani. 

Menurutnya, dia tidak pernah mengendahkan kecaman itu dan lebih selesa untuk menyekat akaun Instagram individu itu. 

"Pelbagai kecaman saya pernah kena. Bahkan, ada yang berbaur ugutan. Antaranya, ada yang menghentam saya dengan mengatakan muka saya nampak tua, ahli neraka dan macam-macam lagi," katanya kepada Harian Metro. 

Shalma berkata, perkara itu bagaimanapun tidak seteruk apa yang pernah dilalui oleh kekasihnya. 

"Mail (Ismail) pernah terima mesej yang lebih teruk. Bahkan, ada individu yang sanggup mencederakan diri sendiri semata-mata untuk dapatkan perhatiannya," katanya. 

Terbuka mengenai hubungan cintanya yang bermula sejak 2018, Shalma juga tidak menolak ketika ditanya mengenai niat untuk bertunang. 

"Niat memang ada sebab dalam sesuatu hubungan, mesti kita nak teruskan sehingga ke peringkat seterusnya. 

"Tapi, bukan dalam masa terdekat kerana kami masing-masing baru masuk 20 tahun. Masih terlalu muda untuk berfikir mengenainya," katanya. 

Terbaru, Shalma hadir dengan single baru berjudul Aroma. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 1:02 PM