CAMILLA.
CAMILLA.
Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: "Dah Isyak, Camilla tak jumpa lagi. Mommy (saya) susah hati," luah pelakon popular, Rita Rudaini apabila kucing kesayangannya jenis British Shorthair dan maine coon yang masih belum pulang ke rumah.

Rita berkata, dia menyedari kucing yang diberi nama Camilla itu tidak ada dalam rumah jam 10 pagi, hari ini.

Menurut Rita, kebiasaanya kucing itu akan lompat masuk semula ke rumah, tapi tidak hari ini.

"Lebih kurang jam 10 lebih macam tu pagi tadi sedar dia sudah hilang. Selalu dia suka lompat balkoni nak tengok luar. Kalau sudah lompat dia akan lari nak masuk balik atau kalau ada bunyi dan 'stranger' dia akan nyorok di semak tepi umah.

"Apabila saya sedar kurang seekor, saya sudah agak mesti dia lompat. Saya jenguk luar dan buka pintu. Sebab selalu dia tggu saya buka pintu sebab nak masuk semula. Tapi hari ni tiada. 

ANAK Rita, Rayyan bersama Camilla.
ANAK Rita, Rayyan bersama Camilla.

"Saya panggil pun tak muncul. Saya pergi tengok di semak dan pokok tempat biasa dia menyorik pun tiada. Cari dari tengahari sampai sekarang, tak ada juga. Saya susah hati. Saya sedih sangat. Tak tahu nak cakap. Ya Allah selamatkan dia," katanya.

Menurut Rita, dia bimbang jika kucingnya itu dicuri dan dijual.

"Seharian saya pening memikirkan dia. Tak senang duduk dibuatnya. Saya juga sudah membuat laporan pada pihak pengurusan tempat tinggal untuk mereka bantu cari.

"Mesti dia tak makan. Dia memang sejenis kucing yang duduk di rumah dan penakut dengan bunyi dan org tak dikenali. Macam mana dia nak tidur malam ini. Selalau dia tidur dengan saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 9:06 PM