Syamsul Yusof.
Syamsul Yusof.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat atas sokongan yang diberikan kepadanya dan keluarga.

Syamsul menulis ucapan itu menerusi ciapan di Twitternya dan mengakui tersentuh dengan sokongan yang diterimanya.

"Sahabat semua. Pertama sekali, abang (Syamsul) nak ucap terima kasih kepada yang ambil berat dan titip doa buat abang dan keluarga.

"Sangat tersentuh menbaca doa, kasih sayang dan sokongan yang diberikan. Korang (kalian) buat aku tersentuh," tulisnya.

Rabu lalu, Syamsul membuat laporan polis terhadap 'individu misteri' di Instagram yang mengirimkan mesej berbaur ugutan terhadapnya dan keluarga.

Sebelum itu, Syamsul berdepan situasi di mana dia difitnah oleh YouTuber dan kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ujian buatnya tidak berhenti apabila rumah tangganya dengan isteri yang juga pelakon,Puteri Sarah Liyana juga khabarnya berdepan kepincangan.

Ciapan yang ditulis Syamsul pada jam 1.18 pagi tadi itu diulang ciap lebih 1,000 kali dan menerima lebih 3,000 tanda 'like'.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2020 @ 11:23 AM