AYDEN sedang menangis sambil memanggil 'Daddy'. FOTO Twitter
AYDEN sedang menangis sambil memanggil 'Daddy'. FOTO Twitter
Sudirman Mohd Tahir

 

"Ayden tak nak masuk dalam rumah. Ayden mau masuk Singpaura."

Itu luahan spontan anak kepada pasangan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan Bella Astillah, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Video yang dimuat naik di Twitter itu memaparkan Ayden sedang menangis dan dipujuk Bella untuk masuk rumah.

Menerusi video sama, Ayden menangis sambil memanggil Daddy berulang kali.

Dalam video berdurasi 45 saat itu, kedengaran suara wanita yang memberitahu Daddy sebagai merujuk kepada Aliff masih berada di Singapura.

"Kenapa Daddy? Mau jumpa siapa? Daddy kan di Singapore," katanya.

Ciapan Bella itu mengundang rasa sedih dalam kalangan pengguna laman sosial itu.

"I'm sorry sayang, insya Allah mommy usahakan," ciap Bella sambil meletakkan emoji sedih dan hati retak.

Dalam ciapan berbeza, Bella turut membalas komen individu yang bertanyakan mengenai perkara itu.

"Dear, bukan tak kisah tapikan Covid. Daddy dia tengah usahakan permohonan untuk masuk Malaysia. Harap sebelum Tweet apa-apa, awak fahamkan dulu situasi ya," katanya.

Video yang dikongsikan itu mendapat lebih 2,000 ulang ciap, lebih 6,000 tanda suka dan 370 komen.

Difahamkan Aliff masih berada di Singapura sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu selain keputusan kerajaan yang masih belum membuka pintu sempadan kepada orang biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 1:07 PM