SHARIFAH Zarina (kanan) bersama anaknya, Athalia Deena Buswani.
SHARIFAH Zarina (kanan) bersama anaknya, Athalia Deena Buswani.
Sharifah Zarina
Sharifah Zarina
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur: Penyanyi lagu Langit Ketujuh, Sharifah Zarina tidak menghalang anak gadisnya, Athalia Deena Buswani, 17, yang kini popular di Tik Tok mengikut jejak langkahnya membina kerjaya dalam industri hiburan.

Namun, sebagai ibu, Sharifah Zarina atau mesra disapa lebih mengutamakan anaknya itu mengecap kejayaan dalam pelajaran dulu.

"Kalau sudah minat anak saya untuk menceburi kerjaya seni dan bergelar selebriti, saya tidak akan menghalang. Saya ibu yang positif dan sentiasa menyokong minat anak-anak.

"Sekiranya mereka berminat dalam kerjaya seni, silakan. Seperti Athalia, saya dulu pernah memaksanya belajar bermain piano dan beberapa alat muzik selain menyanyi.

"Apapun, didapati semua tiga orang anak saya ada bakat dalam seni. Namun, terserah kepada mereka sama ada mahu menceburi bidang nyanyian atau tidak. Saya tak paksa," katanya.

SHARIFAH Zarina (kanan) bersama anaknya, Athalia Deena Buswani.
SHARIFAH Zarina (kanan) bersama anaknya, Athalia Deena Buswani.

Menurut Sharifah Zarina, suara Athalia tidaklah sesedap mana apabila menyanyi, tetapi bakat itu ada dan ia perlu diasah lagi.

Katanya, dia sedar populariti Athalia di media sosial agak hebat apabila jumlah tontonan setiap video dihasilkan dan dimuat naik pasti mencatat tanda suka tinggi.

Mengakui kalah dengan apa diraih anaknya itu, Zarina berkata, dia juga memang tahu Athalia sangat minat menyanyi, tetapi dia perlu selesaikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dulu.

Terdahulu, Athalia terpalit kontroversi membabitkan kisah percintaannya dengan penyanyi dan pelakon Alvin Chong, 30, walaupun dia masih di bawah umur.

Kontroversi itu timbul apabila tular video Tik Tok di antara Athalia dan Alvin yang hangat dibahaskan netizen di Twitter kerana kemesraan ditunjukkan mereka dikait dengan cinta.

Bagaimanapun, Alvin pada penjelasannya di sidang media baru-baru ini memaklumkan perhubungan dijalin dengan Athalia adalah kerjasama dalam urusan kerja semata-mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 4:15 PM