ALI Puteh. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
ALI Puteh. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Ali Puteh menamakan anak ketiganya, Syed Umar Iskandar, bersempena nama Allahyarham abangnya, Abam Bocey.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi, bayi lelaki itu selamat dilahirkan jam 4.40 pagi, hari ini di sebuah pusat perubatan di Melawati.

"Alhamdulillah, isteri saya, Melati Fitri Abdullah selamat melahirkan bayi kami, Syed Umar Iskandar dengan berat 3.07 kilogram secara normal.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, isteri dan anak saya dalam keadaan stabil. Jadi, saya namakan bayi kami sempena nama arwah abang saya," katanya.

Ali berkata, isterinya, Melati akan menjalani proses berpantang di kediaman mereka di Gombak.

Pasangan Ali dan Melati sebelum ini dikurniakan cahaya mata sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang kini berusia tiga tahun.

Sebelumnya, pasangan itu diduga apabila anak kedua mereka, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada November tahun lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2020 @ 3:54 PM