DALER Yusof bersama arwah bapanya. FOTO Instagram
DALER Yusof bersama arwah bapanya. FOTO Instagram
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Daler Yusuf menerusi hantaran di Instagram miliknya, berkongsi berita sedih mengenai kematian bapanya akibat jangkitan Covid-19. 

Dalam muat naik itu, Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad berkongsi mengenai hajat bapanya yang tidak kesampaian. 

"Rasanya, ini adalah tahun paling sukar buat saya. Hari ini, bapa saya meninggal dunia akibat Covid-19. 

"Banyak hajat dia dan cita-cita yang belum kesampaian. Tapi saya percaya, Allah lebih sayangkannya. 

"Semoga Allah mengurniakan rohnya tempat di kalangan orang beriman. Minta semua doakan Daler dan keluarga kuat," tulisnya. 

Daler yang berasal dari Uzbekistan membina kerjaya seni di negara ini membuat perkogsian khabar duka berkenaan kepada pengikutnya di Instagram sekitar 16 jam lalu. 

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 10:58 AM